Tuesday, October 27, 2009

CIRI-CIRI ISTIMEWA HOMEOPATHY

  1. Merawat pesakit menerusi proses perangsangan tenaga hayat (vital force) yang semulajadi wujud di dalam diri kita sehingga pertahanan badan (defence mechanism) tubuh menjadi lebih kuat,aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit disamping mengatur sistem peredaran darah,sistem hormon dan saraf agar beroperasi secara optima dalam membaikpulih kerosakan dan kecederaan.
  2. Ubat Homeopati tidak mengandungi bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar.Ia selamat diambil oleh semua golongan.
  3. Ubat Homeopati bertindak secara mendalam.Ia dapat menjejak penyakit hingga ke akar umbi sehingga mencapai kesembuhan yang sempurna dengan izin Allah.Kerapkali pelbagai penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan konvensional(alopati) dapat diatasi dengan mudah oleh perubatan Homeopati.



Sejak sekian lama Homeopati telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:

Efektif
mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
Natural
tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan berasaskan bahan asli seperti tumbuhan dan galian
Selamat
penawarnya tidak bertoksid dan tanpa kesan sampingan.
Individu
penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan holistik tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
Satu Penawar
hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap masa tertentu.
Tidak Melarat
penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan meningkatkan fungsi tubuh BUKAN mengambilalih tugasnya.
Dos Minima
dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
Holistik
seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
Saintifik
walaupun banyak salah faham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
Harga Berpatutan
harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.


  • 1. Ubat-ubat homeopathy yang disenaraikan disini menggunakan formula kombinasi yang dirumuskan mengikut pengalaman Dr. Azman Mohamad Tahir yang terbukti berkesan. Kesemuanya adalah ubat berkuasa rendah (low potency) untuk mengelakkan tindakbalas (aggravation) yang kuat.
  • 2. Penyakit kronik atau idapan yang lama seperti psoriasis, ekzema, asthma dan lain-lain memerlukan ubat yang berkuasa lebih tinggi untuk bertindak hingga ke akar umbi demi mencapai penyembuhan yang sempurna.
  • 3. Sebarang masalah yang memerlukan rawatan berkaitan penggunaan ubat-ubatan homeopathy sila datang sendiri atau hubungi kami .



Kejayaan Klinikal Kami
Sistem saraf, otak, autisme, mental, emosi, penyakit serebral, epilepsi, stroke, sistem pernafasan, resdung, asma, sistem rangka, patah, terseliuh, sakit sendi, gout, sistem darah, denggi, HIV, hepatitis, hernia (angin pasang), penghadaman, gastrik, tumor, kanser, batu hempedu, buasir, ulser, sistem perkumuhan, masalah buah pinggang, batu karang, penyakit kelamin, prostatis, sistem endokren, kencing manis, darah tinggi, mandul, kemalangan dan lain-lain.




Arahan Bagi Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati.


1. Mulut hendaklah bersih dari sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopathy.

2. Jangan menyentuh ubat homeopathy dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.

3. Ubat homeopathy amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Hisap atau kemam ubat homeopathy hingga cair di mulut.

5. Ubat homeopathy tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.

6. Bagi penyakit yang kronik atau idapan yang telah lama hendaklah mengamalkan ubat homeopathy secara berterusan sehingga sembuh atau berhubung sendiri dengan Dr Azman.

No comments:

Post a Comment