Sunday, January 10, 2010

Memaparkan catatan dengan label Berita Homeopati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Homeopati. Papar semua catatan

PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/


Anda mungkin juga meminati:
KENALI PENYAKIT DAN SISTEM TUBUH BADAN
Sistem Reproduksi

Kenali Diri Anda


Ulama Mengatakan Siapa Yang Mengenal Dirinya Dia Pasti Mengenal Tuhannya

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.


Bagaimanapun disini saya hanya akan membicarakan salah satu sains kemanusiaan iaitu sedikit dari rahsia ilmu Allah yang maha luas,rahsia tentang manusia dan karekternya. Sebenarnya sejak bercantumnya benih ibu dan bapa yang menjadikan jasad seseorang dan ditiupkan Allah roh padanya. Maka telah ditentukan rezeki, jodoh, ajal dan perjalanan hidupnya bagaimanapun manusia dikurniakan akal fikiran untuk memilih antara yang baik dan buruk.


Diri manusia sering disamakan sebagai satu dunia kecil yang tinggal didalam dunia yang lebih besar, unsur yang terdapat didalam bumi seperti mineral logam (tanah), air, api, angin juga didapati didalam diri manusia, malahan dalam unsur yang peratusnya sama. Dua pertiga(2/3) dari bumi adalah air begitu juga dengan tubuh manusia, ketidak seimbangan air menyebabkan masaalah besar kepada bumi begitu juga dengan manusia, Sewaktu seseorang insan itu diizinkan Allah untuk dilahirkan,dia sebenarnya telah diprogramkan bersama setiap kejadian yang berlaku kepada bumi dan cakrawala seperti pasang surut air, pergerakan bulan- bintang, gempa bumi, dan seumpamanya. Sebab itulah biasanya seseorang yang dilahirkan pada tarikh yang sama akan mempunyai karekter yang hampir sama. Begitu jugalah dari segi iras wajah dan bentuk badan yang menggambarkan peratus unsur-unsur yang terdapat pada diri seseorang yang juga mempengaruhi dari segi emosi, pergerakan, perlakuan, sikap dan seumpamanya.

Di pusat perubatan kami, kami menyediakan satu perkhidmatan untuk membantu pelanggan-pelanggan kami lebih mengenali dirinya sendiri atau orang yang rapat dan berkaitan dengannya. Dengan hanya datang sendiri atau membawa gambar kenalan, anda akan dapat berbagai informasi tentang karekter yang memang nyata atau disembunyikan.

ANTARA FAEDAH YANG AKAN ANDA DAPAT IALAH

ANDA BOLEH MELIHAT DAN MENGENALPASTI:-

* Karekter sebenar diri anda sendiri
*Potensi diri yang terpendam
*Kelebihan yang perlu diketengahkan
*Kelemahan yang perlu diatasi
*Bidang kerjaya yang paling sesuai
*Karekter sebenar orang yang terdekat
*Karekter sebenar bakal pasangan
*Karekter sebenar pemimpin
*Karekter sebenar rakan kongsi
*Karekter bakal pelanggan
*Penyakit yang berpotensi dihidapi


Kami juga menyediakan khidmat nasihat dan rawatan berkaitan kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual

Tuesday, October 27, 2009

PRODUK HOMEOPATHY DR AZMAN

PROMOSI


Tingkatkan potensi minda anda ke peringkat tertinggi. Jangan bazirkan potensi tersebut, jadilah seorang yang sentiasa maju kehadapan didalam setiap bidang yang anda ceburi Insya'Allah, GENIUS BOOSTER mampu membantu. Melalui remedi-remedi pilihan Dr Azman mampu membekalkan khasiat dan faedah yang diperlukan dalam tubuh badan untuk menjana kemampuan dan potensi otak kita. HOMEOPATI MERAWAT KESELURUHAN DIRI ANDA!!!!


BIOCELLTONIC
Formulasi Homeopathy yang terbukti secara klinikal mampu merangsang keseluruhan fungsi organ dan tubuh badan, melengkapkan kekurangan zat,vitamin & mineral, menyahtoksin dari tubuh hingga ke peringkat sel. Membantu pertumbuhan sel-sel baru yang normal dan sihat, menguatkan sistem pertahanan (imunisasi) badan untuk melawan penyakit dan menyembuhkan hingga ke akar umbinya.Sesuai untuk setiap peringkat umur, keadaan dan pelbagai jenis penyakit mahupun yang kritikal dan kronik.
Harga Wm:Rm 45 Em:Rm 47
Qty:260biji
MACHO - UP

Formulasi homeopati terkini terbukti secara klinikal berjaya mengatasi sebarang masalah berkaitan kelelakian seperti impotensi (mati pucuk), ejakulasi pramatang, kencing tak lawas( prostatitis), kurang subur dan sebagainya.
Harga Wm:Rm45 Em:Rm47
Qty:260 biji
FEMININ BEST

Formulasi homeopati yang mempunyai kejayaan klinikal terhebat untuk mengatasi pelbagai penyakit dan masalah berkaitan kewanitaan seperti sindrom pra haid (PMS), senggugut, keputihan, haid tidak teratur, kurang nafsu seks, kurang subur, kendur otot faraj dan seumpamanya.
Harga Wm:Rm45 Em:Rm47
Qty:260 biji














Anda mungkin juga meminati:

AZBUDI Homeopati & Naturopati Specialist Centre

CIRI-CIRI ISTIMEWA HOMEOPATHY

  1. Merawat pesakit menerusi proses perangsangan tenaga hayat (vital force) yang semulajadi wujud di dalam diri kita sehingga pertahanan badan (defence mechanism) tubuh menjadi lebih kuat,aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit disamping mengatur sistem peredaran darah,sistem hormon dan saraf agar beroperasi secara optima dalam membaikpulih kerosakan dan kecederaan.
  2. Ubat Homeopati tidak mengandungi bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar.Ia selamat diambil oleh semua golongan.
  3. Ubat Homeopati bertindak secara mendalam.Ia dapat menjejak penyakit hingga ke akar umbi sehingga mencapai kesembuhan yang sempurna dengan izin Allah.Kerapkali pelbagai penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan konvensional(alopati) dapat diatasi dengan mudah oleh perubatan Homeopati.



Sejak sekian lama Homeopati telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:

Efektif
mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
Natural
tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan berasaskan bahan asli seperti tumbuhan dan galian
Selamat
penawarnya tidak bertoksid dan tanpa kesan sampingan.
Individu
penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan holistik tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
Satu Penawar
hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap masa tertentu.
Tidak Melarat
penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan meningkatkan fungsi tubuh BUKAN mengambilalih tugasnya.
Dos Minima
dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
Holistik
seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
Saintifik
walaupun banyak salah faham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
Harga Berpatutan
harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.


  • 1. Ubat-ubat homeopathy yang disenaraikan disini menggunakan formula kombinasi yang dirumuskan mengikut pengalaman Dr. Azman Mohamad Tahir yang terbukti berkesan. Kesemuanya adalah ubat berkuasa rendah (low potency) untuk mengelakkan tindakbalas (aggravation) yang kuat.
  • 2. Penyakit kronik atau idapan yang lama seperti psoriasis, ekzema, asthma dan lain-lain memerlukan ubat yang berkuasa lebih tinggi untuk bertindak hingga ke akar umbi demi mencapai penyembuhan yang sempurna.
  • 3. Sebarang masalah yang memerlukan rawatan berkaitan penggunaan ubat-ubatan homeopathy sila datang sendiri atau hubungi kami .



Kejayaan Klinikal Kami
Sistem saraf, otak, autisme, mental, emosi, penyakit serebral, epilepsi, stroke, sistem pernafasan, resdung, asma, sistem rangka, patah, terseliuh, sakit sendi, gout, sistem darah, denggi, HIV, hepatitis, hernia (angin pasang), penghadaman, gastrik, tumor, kanser, batu hempedu, buasir, ulser, sistem perkumuhan, masalah buah pinggang, batu karang, penyakit kelamin, prostatis, sistem endokren, kencing manis, darah tinggi, mandul, kemalangan dan lain-lain.




Arahan Bagi Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati.


1. Mulut hendaklah bersih dari sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopathy.

2. Jangan menyentuh ubat homeopathy dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.

3. Ubat homeopathy amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Hisap atau kemam ubat homeopathy hingga cair di mulut.

5. Ubat homeopathy tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.

6. Bagi penyakit yang kronik atau idapan yang telah lama hendaklah mengamalkan ubat homeopathy secara berterusan sehingga sembuh atau berhubung sendiri dengan Dr Azman.