Sunday, January 10, 2010

Kenali Diri Anda


Ulama Mengatakan Siapa Yang Mengenal Dirinya Dia Pasti Mengenal Tuhannya

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.


Bagaimanapun disini saya hanya akan membicarakan salah satu sains kemanusiaan iaitu sedikit dari rahsia ilmu Allah yang maha luas,rahsia tentang manusia dan karekternya. Sebenarnya sejak bercantumnya benih ibu dan bapa yang menjadikan jasad seseorang dan ditiupkan Allah roh padanya. Maka telah ditentukan rezeki, jodoh, ajal dan perjalanan hidupnya bagaimanapun manusia dikurniakan akal fikiran untuk memilih antara yang baik dan buruk.


Diri manusia sering disamakan sebagai satu dunia kecil yang tinggal didalam dunia yang lebih besar, unsur yang terdapat didalam bumi seperti mineral logam (tanah), air, api, angin juga didapati didalam diri manusia, malahan dalam unsur yang peratusnya sama. Dua pertiga(2/3) dari bumi adalah air begitu juga dengan tubuh manusia, ketidak seimbangan air menyebabkan masaalah besar kepada bumi begitu juga dengan manusia, Sewaktu seseorang insan itu diizinkan Allah untuk dilahirkan,dia sebenarnya telah diprogramkan bersama setiap kejadian yang berlaku kepada bumi dan cakrawala seperti pasang surut air, pergerakan bulan- bintang, gempa bumi, dan seumpamanya. Sebab itulah biasanya seseorang yang dilahirkan pada tarikh yang sama akan mempunyai karekter yang hampir sama. Begitu jugalah dari segi iras wajah dan bentuk badan yang menggambarkan peratus unsur-unsur yang terdapat pada diri seseorang yang juga mempengaruhi dari segi emosi, pergerakan, perlakuan, sikap dan seumpamanya.

Di pusat perubatan kami, kami menyediakan satu perkhidmatan untuk membantu pelanggan-pelanggan kami lebih mengenali dirinya sendiri atau orang yang rapat dan berkaitan dengannya. Dengan hanya datang sendiri atau membawa gambar kenalan, anda akan dapat berbagai informasi tentang karekter yang memang nyata atau disembunyikan.

ANTARA FAEDAH YANG AKAN ANDA DAPAT IALAH

ANDA BOLEH MELIHAT DAN MENGENALPASTI:-

* Karekter sebenar diri anda sendiri
*Potensi diri yang terpendam
*Kelebihan yang perlu diketengahkan
*Kelemahan yang perlu diatasi
*Bidang kerjaya yang paling sesuai
*Karekter sebenar orang yang terdekat
*Karekter sebenar bakal pasangan
*Karekter sebenar pemimpin
*Karekter sebenar rakan kongsi
*Karekter bakal pelanggan
*Penyakit yang berpotensi dihidapi


Kami juga menyediakan khidmat nasihat dan rawatan berkaitan kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual

No comments:

Post a Comment